Pages

Friday, August 07, 2015

Money. To Paree~~


I need money to travel to Paris.

And forget all problem and leave it at Malaysia.

Berangan sampai boleh pergi. Hee.

Thursday, October 03, 2013

Finally~~ A pack of minions!!

Salam semua....
Harharhar. Terlebih happy pulak rasanya. Sebab baru dapat siapkan minion bebanyak. Huuuh. Enam minion tu! Setelah hampir seminggu gak nak buatnya.. Siap! Yeah! Haha.
Tempahan dari akak sedara sebenarnya. Aku ingat dia memain je. Ghupe- ghupenye betul betul. Hehe. Bertungkus lumus ambo menyiapkan nye. Harharhar.
Huh. mau rehat kan tangan dulu jap. Jom ke seppa! Haha. Duit tader lagi mau ke spa. Puii.

Tuesday, September 17, 2013

Kotak isi bunga rampai

assalammualaikum semua~~
semalam abang sedara aku bertunang..jadi family aku mesti ade buat sikit "hadiah" atau cenderahati untuk keluarga pengantin.hewhew. kebiasaannya mak aku yang buat, aku tolong-tolong je. tapi disebabkan sekarang aku memang ketiadaan kerja sangat-sangat, so aku la yang buat. selalunya buat bunga telur ke, ape-ape la yang berkaitan. tapi kali ni aku buat bekas untuk isi bunga rampai atau potpuri.





ini lah hasilnya, gabungan idea aku dengan mak aku.hehe..2-3 hari juga la bende ni terhasil..tapi abang sedara aku letak coklat pulak.haha.boleh le tu..

rasa-rasanya kalau aku memang tanam anggur je lepas ni aku nak bukak kedai kraf.. "Maya Craft." amik tempahan sekitar Pasir Gudang. haha.. berangan lebih..

tapi rase macam skema pulak nama ni.ahaks.

Monday, September 09, 2013

minions attack!

salam semua..hewhew.haa..seperti yang dijanjikan, entri kali ni pasal minion lagi. tapi saiz yang beso sikit. meh tengok.
in progress. yang 2 orang tu leka tengok despicable me 2.







haha.sejarahnye aku try nak wat phone casing untuk phone adik aku. tapi masa tengah buat tu si amjad dengan athir yang terlebih teruja nak main dengan felt minion yang tak siap tu. jadi terpaksa la aku buat plushie lagi beso sikit. haha.

P/S: da lama-lama tengok minion ni tertonggok kat meja, cam jahat pulak muke die ni.ahaha

Friday, September 06, 2013

potong.tampal.jadi barang.jual.

salam semuaaaa~~~
sehat kah anda-anda semua? haha. okeh poyo soalan. semenjak dua menjak menjadi penganggur tegar ni, otak aku memang susah bebenornye nak berkembang. jadi internet addict pulak tu. duapulohpat jam menghadap depan laptop sahaja. haha.

tapi ade alasannye..aku nak cari kerja. yela memandangkan teman seangkatan semua dah ade kerja, aku je dok tercongok-congok kat umah. nasib baik kat umah ni ada geng ajak gaduh, anak sedara 2 orang; amjad dan athir. ada la jugak aktiviti yang boleh aku buat.hewhew.

selain itu. heh. selain itu. poyo aku. ahaha. selain tu aku pun terai-merai buat kraf, keychain pastu jual kat kawan-kawan adik aku yang form 5 tu. pandai tak aku cari pelanggan? hewhewhew. aku memang bosan gila-gila punya bosan. haha. nasib baik laku u'olls..

lollipop, popsicle, cupcake and doughnut. pakai felt je semua-semua ni..

yang ni tempahan dari adik aku punya kawan. haha.

aku ni punya la kebosanan sampai adik buat permintaan buat minion dengan kepala ironman pon aku buat. haha. nasib baik jadi. rase cam nak buat bisnes internet pula. haha. laku kalau jual ni. hahaha


bello! banana~~ potatona~~~


yang ni kepala 'kotak' ironman. haha. beso kuih raya tu ha. memang kecikkk je.. haha

sebenarnye yang minion tu aku yang berminat nak buat. ingat nak gantung kat phone sendiri. tapi satu adik aku amek, satu lagi abang sedara aku yang gilakan minion pegi 'curik'. haha. yang beso sikit pon aku ade buat, spesel buat anak sedara aku tu. entri lain la aku citer. haha

Search This Blog

Total Pageview