Pages

Friday, May 14, 2010

..setianya seorang sahabat..

Perang dunia pertama sedang memuncak. Di suatu medan, pertempuran antara 2 ketumbukan tentera sudah berlarutan sehari suntuk. Seorang perajurit menyusup dicelah2 rimbunan belukar dan tanah berlerah dalam desingan peluru yang bersimpang-siur. Dia menuju ke arah musuh.

Malangnya kehadiran perajurit itu dapat dihidu dan… ketika berlari kearah sebatang pokok besar, beberapa butir peluru menembusi tubuhnya, dia terhumban ke tanah. Sahabat baiknya yg melihat kejadian itu tergamam.

Perasaan sedih, marah dan segala kenangan manis yang telah dilalui bersama bertimpa2 datang mengidam jiwanya. ”tuan,saya mesti slamatkan dia!” pinta anggota tentera itu .

“Boleh, kau boleh pergi,” balas ketuanya, seorang leftenan, “tapi aku rasa sia-sia saja. Kawan kau itu mngkin dah mati dan kalau kau cuba bawa mayatnya ke mari, mungkin kau juga akan menerima nasib yang sama. Atau sekurang2nya cedera.”

Anggota tentera itu mengangguk kepala. Bagi perkataan `boleh` itu lebih besar maknanya berbanding `mati` dan `cedera`. Selepas mengucapkan terima kasih kepada ketuanya, dia terus melangkah ke tengah medan, menyusup di celah-celah belukar kearah sahabatnya yang terbaring di tanah dengan badan dipenuhi darah.

Peluru menghambat setiap langkahnya. Beberapa butir daripadanya berdesing di telinga tetapi dia tetap tidak berundur. Tanpa diduga, anggota tentera itu berjaya membawa sahabatnya itu balik ke kubu mereka!!!

“Aku dah cakap… sia-sia. Tengok kawan ko ni dah mati, kau pula cedera!” kata leftenan dengan suara keras.

Perajurit menggelengkan kepala. ”Tidak tuan.” katanya sambil terbaring lemah.

“Kawan kau meninggal, dan kau sendiri cedera, kau kata bukan kerja sia-sia?” leftenan meninggikan suaranya.

“Ya tuan,” jawab perajurit.” Masa saya sampai, dia masih hidup. Bila saya pangku kepalanya, dia tersenyum dan berkata, “Aku tau….. engkau pasti datang.”

No comments:

Search This Blog

Total Pageview