Pages

Saturday, December 31, 2011

perihal exam.dan makanan.

lapo-lapo.aku nak makan sekarang ni.

haip.
sempena nak exam ni.aku nak mintak maaf kepada readers dan bloggers yang baca entri-entri aku yang sebelum ni,kalau ade terasa di jiwa.hamba minta diampunkan.heee.
okeh. dalam 2-3 hari lagi da nak start exam.tapi aku satu hape pon tak bace lagi.bijak-bijak.turun lagi result ko baru tau.huh.mintak dijauhkan.

btw cakap pasal makanan.aku ade nampak senior post kat fb, lebeh kurang camni la die post, yang die time nak exam tak leh nak benti makan.kalau benti susah nak fokus mase blaja.


aku pon ade sindrom camtu.makan sambil belajar.malahan bukan makan je.tengok tv sambil belajar.dengar muzik sambil belajar.mak aku selalu cakap,aku ni pelik.sebab boleh stadi depan tv.kalau kene adik-adik aku, memang mata kat tv aje la.haha

aku dengan makanan memang susah nak dipisahkan.sebab tu aku tak kurus-kurus.muahahahaha. dan bile aku nak stay up,makanan lah jadi peneman aku.menguyah tanpa henti 24 jam.rekod terbaek tu.cume tak masuk buku Guiness book of record je.haha.sebab tu bile aku balik umah selepas final sume orang akan cakap aku gemok.gemok dan muka bulat.haha

so,makanan dan exam memang tak boleh dipisahkan.same la ngan aku gak.makanan dengan aku.haha

Saturday, December 24, 2011

quote from someone.

gambartiadakaitanlangsung.haha

***
silence doesnt mean you are running away from problem or doesnt feel a thing, but just keeping it all in yourself...the feeling and memories already been forged deep inside and cant be erase...




***
ianya seakan menjawab entri aku yang sebelum ni je.ye tak? haha.
sape yang jawab?biarla tuan diri yang tau.
terima kasih.

Sunday, December 18, 2011

streesssssssss.

warghhh!!! i really.really need a rest.

aku tatau nape bile nak dekat exam je mesti banyak esaimen kene anta. test bagai-bagai.
time ni la terkejar-kejar buat sume bende dalam satu mase.sakit kepala aku nak bahagi otak wat keje pelbagai-bagai ni.nak tahan mate tido lagi.stresss nyerrrrr!!
last-last mate aku jadi macam ni.

tolong la.and became more worse, bile start stress tetiba bitter memories come out.
oouuhhhhh.aku paling benci part ni.benci.benci.

tapi aku tak salahkan memori tu.aku salahkan diri sendiri.
yang masih terlalu obses dan memerasankan diri sendiri.huh.

stresssssssssssssssssssssssssss!!!!!!!!

Tuesday, December 06, 2011

how to move on.lit crazy rite now.

kenapa memori otak kita tak macam pendrive, thumbdrive?
aku da tak larat da dengan sume bende ni.sangat2.
sampai orang lain datang pon aku tak pandang.

gara-gara beliau.tapi die tentu da tak pedulikan aku.siapa aku dalam diri dia?nothing.
sekelumit habuk.nope.secubit zarah.

tolongla.aku da tak larat.aku tak larat.nape perasan tu masih keliling hati ni lagi.
padahal da lame beliau da tiada perasaan.kau je yang perasan.
tiada kenangan.tiada gambar.tiada hadiah kenangan.
jadi nape aku masih macam ni lagi.nape aku masih macam ni lagi.

aku penat.penat menerima dan memberi hati.

Thursday, November 17, 2011

bahana daging.


hype hype.salam.

sempena raya korban yang lepas ni.yang tak bape nak lame da lepas ni.aku memang terima,ambil dan makan daging.muntahkedaghah.haha.well.kat u aku susah gile nak makan daging.program diet lg.tambah makcik kafe masak tak bez lagi.hoho.*cerewet*

sudahnye.bile nak balik cuti pertengahan sem ritu.memang aku dah niat nak makan banyak.daging banyak-banyak.siap tulis kat fesbuk lagi.muaahahahahha.and my mum usahakan impian saya itu.

balik-balik je umah.hamek.hari-hari aku makan daging.family aku sampai da muak.aku lek je ngunyah daging cam keropok depan tv.muahaha.memang puas ati betul aku makan.

yang tak best nye.after-effect makan daging ni.badan tak sehat.panas dalam. merana aku kat tempat praktikal aku ni.nak makan tak boleh.nak minum pon susah.nak cakap pon susah.sampai minum air badak.ala yang untuk kurangkan panas dalam badan, baru lega.

ape aku nak tekan kan kat sini.
jangan makan daging banyak-banyak.nanti demam.aku takpe.muahahahahahaha.

Sunday, November 13, 2011

pencarian tak berkesudahan.

hype.tajuk tak leh blah kan?haha.da lame tak menaip entry baru, setelah cuti seminggu dua men game kat facebook macam orang gile, nek sawan buih-buih mulut.haha.

pencarian.
maksudnya aku tengah cari pakwe sekarang nih.dalam erti kate lain.carik target.
tak berkesudahan.
maksudnya sampai kesudah masih tak sudah-sudah lagi.*ape aku merepek nih*

maksud panjangnya entry ini.
aku usha-usha mamat-mamat yang berkenan di mata dan di hati.tapi mesti mamat-mamat yang di usha-usha ni dah berpunya.haih.usha mamat ni.dah kawen.usha mamat tu.da ade awek.haih.

takpela.aku harus bersabar.tu tandanya aku mesti kena tumpukan pelajaran.muahaaha.poyo ayat.belum sampai seru lagi bak kate orang-orang biasa.jodoh aku lambat lagi.

maybe aku kene praktikan semula cara aku yang dulu kot.gadoh macam orang gila.last-last kapel dengan orang yang kau gadoh bagai nak gila.mostly camtu.haih.

*gugurla dari langit*

haha.doakan aku dapat jodoh.haha.

Saturday, October 29, 2011

Thursday, October 27, 2011

running man mania.


aku gilekan running man skang ni.haha.lagi2 aku gilakan haha.dong hoon shi.cute gile die ni.haha.
memula ms aku tau die berlakon citer my sexy teacher, die ni pervert giler.giler aku tak ske.seriusly.tapi pas tengok running man aku jadi makin suke lak.walaupon kim jong kook,the commander pakwe impian aku.hahahahaha.

haha-shi.gwiyeweo..

ni episode aku paling suke.sebab dari penakut die nmpk berani.comel.heheee..

kene panggil pororo. sebab suke sangat pakai topi dengan cermin cam pororo.haha

hoho.aku tau ramai tak setuju ngan aku sebab perangai gile bengong dan tak senonoh die..tapi wat mase sekarang ni aku memang gilekan haroro ni,so memang tak leh nak wat pe la kan...haha.die ni bijak okeh.ade master.same gak ngan kim jong kook.

haroro gwiyeoun!


Sunday, October 23, 2011

Al-fatihah buat sahabatku.terima kasih diatas semua memori anda..


semalam telah perginya salah seorang sahabat yang sedikit sebanyak telah terlibat dalam kehidupan dan memori aku, walaupun sebentar. aku semacam masih tidak percaya.sungguh.sungguh aku tak percaya.aku bangun dari tido, masih memikirkan nya, betul atau tidak apa yang aku dengar semalam.

dia sangat baik. sangat baik.sepanjang aku mengenali beliau,dia sangat baik.jarang aku tengok die marah orang.senantiasa senyum.solat tak penah tinggal.dari kata kawan2nya segala amalan sunat sentiasa dijalankan.

aku harap die tenang disana, dan aku telah maafkan segala kesalahan dia.dari dalam lubuk hati ku ini.

tetiba aku menjadi takut.kalau tetiba kematian menjemput diriku, dan aku tak sempat menyiapkan segala persiapan di hadapan Allah.sungguh.aku takut.


Saturday, October 15, 2011

Friday, October 14, 2011

aku kool lagi matang.

aku terbaca satu entri kat sini.

bagus giler aku rase entri ni, dan wat aku rase malu dengan diri sendiri.yup malu dengan diri aku sendiri.

giler aku berhibernate dan depress lame-lame disebabkan hal-hal camni.kalau aku hiba dan duka pon bukan leh kembalikan hubungan aku ngan ex aku kan? so aku rase aku cam desprate giler nak mati.mengharap aku kembali cam dulu.

memang aku rase menyesal.dari hubungan kawan yang boleh gurau-gurau, tetba sekarang ni pas aku kapel and putus, nak taip congratulation kat wall die pon aku tak leh.aku rase menyesal.nape aku tak biar je hubungan kawan tu je.but then if da tertulis camni.aku kene terima gak kan? untuk pengalaman aku gak.

malu aku.dan aku suke entri tu. no need nak menagih simpati dengan ex korang. so pathetic. aku kan gadis berkarisma.nape la aku leh berperangai camtu.haishhh...malu aku.malu.

so aku akan jadi lagi kuat.dan bace dengan semangat entri2 kat blog tu.hoho.haha.hihi.
giler jap.sebab da mula banyak esaimen dan test.

Thursday, October 13, 2011

im alive! im back.

salam..

haip haip.aku kembali.haha.setelah menempuhi masa2 sukar dalam hidup aku.akhirnya aku boleh kembali semula bernafas.yeah! aku kan Lady gagah.tak bek la 'berhibernasi' camni lelame.boleh kene kanser kentut camni.hahahaha.

aku pon da rindu nak taip2, nak bebel2 ape yang aku nak bebel.aku pon manusia biasa.perlukan masa bersendirian untuk pulihkan hati.kan?so aku da semakin pulih.dengan cara ape? ha tu ko leh pm aku kat fesbuk aku nanti.aku bagitau detail2.haha.giler.

kini dengan azam baru,aku akan berusaha dapat png lagi tinggi dan tinggi, dan menjadi wanita berkaliber,bukan berkaki lebar.hoho.dan juga sebagai wanita anggun.kahkahkah.

sakit disebabkan hati memang parah.boleh buta mate aku.silap2 nek da power spek aku camni.haha.aku mungkin nampak kuat,gagah pada luarannya.tapi hakikatnya dalaman aku rapuh.lembik.pantang dikomen.aku akan frust sepanjang hari.nope.frust lame gak kot.menyalahkan diri sendiri.

so kepada kawan-kawan,sahabat-sahabat yang sudi menjadi sahabat aku,mendengar masalah aku,melihat tangisan dalam senyuman aku.aku ucapkan terima kasih yang amat2 pada kamu semua.ternyata kamu semua sememangnya rakan dan sahabat sepanjang hayat.walaupun tiada title BFF antara aku dan mereka.

terima kasih yang amat.dan im survive!again.

igonnamakediztypeofguylovemeforevaafterdiz.
muahahaha

so tinggalkan kenangan menjadi memori yang indah walaupon tader ape2 yang boleh dijadikan sebagai memori.and ready to hunt prey now! muahahahahahaha. auuumm!!

Saturday, September 17, 2011

cuti seketika.

salam.

haip haip.skrang aku da jadi student tahun 3.haha.bangge giler.macam tak sangke je da tahun 3..tak lame lagi tahun 4 then grad.wohoo!haha

btw,there are another news yang nak bagitau.i think for a while,i need to take break from this blogging world..bukan berhenti..tapi amek cuti jap..kebelakangan ni entri aku da lari dari tema blog aku.emo emo je.so sampai aku rase aku boleh wat entri gumbira-gumbira lagi.aku akan wat entri baru.

nak carik ketenangan jiwa dulu.

Monday, August 15, 2011

love is god's gift for us.





















Quotes from Rab Ne Bana Di Jodi:

love is God's gift,
so how can there be pain in love.

And about expecting love in return..
one doesn't love only if the love is reciprocated.
7 months, 3 weeks, 2 days.

Thursday, August 11, 2011

semangat kreatip meningkat!

salam.haip haip.aku kat umah ni memang ketiadaan kerja.tatau nak wat pe.nak kate masak,petang-petang baru masak.ye ar sekarang kan bulan pose.aku pose okeh.haha.nak kate kemas-kemas.umah aku bukan nye sepah sangat.so sambil-sambil aku lepak,so aku terai polishkan semangat kekreatifan aku yang terlalu kreatif ni.haha.


ni external case untuk mak aku.imaya tu name glamer mak aku.haha.dapat external baru la katekan...

ni klip rambot aku yang pada aku sungguh comel.sebab kaler pink.puji hasil barang sendiri lak.muahahahahaha.


ni aku nampak ade kat blog sape tah wat stuffed keychain bentuk gaun.comel.tapi aku wat.buruk.haha.yang biru tu,ade ke gaun in real life camtuh?haha

ni lah akibatnya kalau da bosan sangat.padahal kerja LI dengan latihan sangkut tak siap-siap lagi.ngahahaahhaha.aku wat esok la.;) hahahha.dasar pemalas beta ini.

Wednesday, August 10, 2011

10 list jejaka idaman.aku.haha

salam.haip haip.

sian blog aku skang ni..jaghang jaghang aku wat entri..hehe..maklumlah..ade idea, tapi bile depan lappy,depan skrin biru putih ni.tros ilang.melayang2 aku mencari.ilang lagi.haha.whateva.

okeh.arini entri aku geli-geli.10 ciri-ciri lelaki idaman aku.ngahahaha.saje nak bagitau.boleh kan?
haha..okeh meh bagi aku citer sket.

1. beriman.

okeh ni agak typical la orang katekan.tapi sape tak mo laki or pasangan yang beriman. tapi aku takmo yang terlalu alim.aku da serik.kerana seorang,sume orang alim aku salahkan,sume orang alim aku anggap same.so yang sedang-sedang saje.tego2 aku, nasihatkan aku.

2. matang.
matang dari segi permikiran dan tindak-tanduk perlakuannya. die pike jauh,sebelum aku pike,die tau dari segi baik buruk.aku akui aku ni memang tak matang.muke je macam mak-mak.tapi akal,sejemput.dunia ni pada aku macam ceria je.so dengan orang yang matang dapat lah jugak die tunjuk kat aku yang dunia ni bukan cerah dan ceria je, tapi ade hujan ribut petirnya.okeh terlalu puitis.haha

3. gila.


ini bukan orang gila yang kat hospital tampoi tu.tapi gilakan aku.tader la sampai 24 jam nak aku sebelah aku,tapi aku senantiasa di dalam otak die.haha.nampak muke aku dimana-mana,senantiasa nak tau pasal aku.haha.ala cam watak kim joo won dalam secret garden. Gil Ra Im tolak Kim Joo Won jauh-jauh pon die masih tetap nak Gil Ra Im gak.hoho.

4. jujur.
well,ni memang penting. aku memang nak 'my man' selalu jujur dengan aku.walaupon nak jumpa bekas girlfriend ke,kawan perempuan ke,rindukan girlfriend lame ke,just tell me. cakap dan luahkan. mungkin aku sedih,tapi buat seketika je, sebab aku tau die tu aku punye.haha.ayat tak boleh blah siot.

5. kelakar dan nakal.


ni aku suke sangat-sangat.aku tak suke mr.nice guy. bukan aku tak suke,kurang berkenan. aku ni suke gelak. so kalau dengan mr nice guy aku yang jadi buntu nak bual topik ape, nak bagi reaksi camne, kalau nakal lak aku da serik carik yang terlalu baik,cam aku da cakap kat point no 1 tadi.haha.no need to be like jozan or sepah,but janji aku ade idea tumpang merepek dan wat lawak.haha

6. sayang dan hormati orang tua dan keluarga.

tader orang lain yang die sanjung melainkan keluarganya.tolak tambah bahagi darab,tetap keluarga nya. dengan ni kite da boleh tau die seorang yang pentingkan keluarga dan kite boleh rely on him.maksudnya ape-ape masalah sekalipon die la satu-satunya harapan dan penyelesaian dalam keluarga.

7. paham aku.masak dengan perangai aku.

aku rase aku ni seorang yang mudah dibaca perangainya.sebab aku pon suke bace perangai orang.tapi pastu aku lupe or wat tak dulik je.sebab tu ade orang cakap aku simple minded.sebab tu aku selalu kate tak kesah kot. okeh back to the topic.kadang-kadang ade orang lelaki susah nak paham orang perempuan ni.kalau kita tak bagi tau.lagi la die tatau.haha so kalau die paham aku, jadi aku ade pape masalah da masak da nak wat ape kat aku.

8. berbeza perangai.atau hobi.
hurm.aku memang tak kesah.lagi seronok ape.aku cakap pasal lembu,die cakap pasal heli.aku cakap pasal biologi,die cakap pasal add math.thrill kan?haha.sebab aku suke carik gado.tapi gado manje.nak attention lebeh.ngehngehngeh.

9. badan mantap.dan tinggi dari aku.


haha.bukan cam orang dalam wrestling tu ke ape ke.takmo.tu melampau.seram aku tengok.aku suke ketak-ketak biasa je.cam aaron aziz dalam KL gangster tu.orang tengok pon takot je.tader orang berani kacau.haha.mantap wo.kene peluk sedap je bini die.muahahaha.okeh bulan pose kene reduce cakap bende-bende camni.bulan len takpe.haha

10. cute,hensem.(extra point).

meh cakap dengan aku,sape tak bangge kalau dapat awek cun,comel,cantek dengan dapat balak kacak, muke licin,pan asia.mesti korang dapat pujian sekali kan?haha.aku pon.normal la kalau minat yang ensem-ensem ni.aku pon selalu usha mamat-mamat ensem.nasib bek kat universiti aku tader yang ensem.kalau tak mesti aku da rajin stadi kat library je.tak pon lalu depan kelas mamat ensem ni.haha.nasib baek tader.so pade aku ensem2 ni extra point je..kalau dapat yang ensem beruntung la korang,plus malang.sebab selalu makan hati ade awek2 ikot belakang pakwe korang je.ngahahahahaha

okeh.10 point.ni ciri-ciri lelaki idaman aku.haha.but then,ape yang ko impikan tak selalunya akan ko dapat.orang kate.dan aku percaya kata-kata tu.sebab aku selalu mengalaminya..maklumlah,tiada benda yang sempurna di dunia ini.ko impikan tokey kereta, akhirnya kahwin dengan tukang angkut kereta.yang ko nak susah dapat,yang ko tak nak senang dapat.umumnye lah kan..

tapi aku da dapat yang sesempurna mungkin.hampir 10/10 la dari kat atas ni.list jejaka idaman aku.but then aku hampir kehilangannya.di sebabkan sifat dan perangai aku sendiri. aku manusia tidak beruntung.sangat tidak bersyukur.

emo.emo.emo.

Wednesday, July 27, 2011

ramadan ramadan.

haip haipp. saya, kini sedang seronok berlepak-lepakan di rumah.yup.cuti. yang aku baru je dapat cuti dalam 3-4 hari lepas.okeh tak. 5-6 ari lepas.ye ar aku cuti-cuti kene praktikal..yang student2 universiti lain tak..mereka dapat mengumpul dana lagi untuk membeli baju-baju raya di butik-butik.paling tidak pon kat first lady.haha baju fotostat yang boleh di ejas.

sebab aku penah beli dan jumpe orang yang pakai baju macam aku punye,bukan macam tapi sebijik. satu, sama saiz baju,tapi lain kaler. dua, sama kaler baju, tapi lain saiznya.haha.and this raya my mom decided to buy baju kurung from there,again. memandangkan first lady da ade kat pasir gudang ni ha.haih.

cakap pasal baju raya. dan hari raya.okeh.not yet.posa pon tak mula lagi.tapi kan tu la perangai uncle-uncle atau akak-akak atau sesape je la yang terlibat dalam bisnes yang berkaitan dengan raya ni,sebelum ramadan da sebok2 jual baju raya,kuih raya.

ade penah sekali tu mase aku kat matrik.1st puasa seingat aku.pegi la pusing pekan tangkak tu.posa2 pon larat lagi nak merayap.haha.nak buat macam mana,kuasa tarikan kain-kain yang bergantungan di Tangkak tu yang buat aku memang tak penat round Tangkak,walaupon kecik je tempat tu.haha.okeh jauh melalut.

haa.mase 1st day posa tu,ade ke 1 kedai kain ni da bukak lagu raya.macam2 lagu die mainkan.haih.oveer giler owner kedai kain ni taw..haha

tapi normal la tu..nak tarik pelanggan..dan normal orang akan lebihkan menyambut hari raya berbanding persiapan menyambut ramadan, bulan penuh keberkatan dan pahala ini. kalau dah hari pertama ramadan pon da camtu, apetah lagi hari 15-20 ramadan. terawikh pon sanggup tak pegi,semata-mata nak siapkan baju raya, kueh raya, tak pon sebab terpaksa nak ikot anak bini pegi beli barang-barang untuk raya. jadi bersama-samalah kita ubah mentaliti orang-orang sebegini dan berlumba-lumba merebut limpahan pahala di bulan ramadan ini.

rindu lak nak wat kaligrafi ni.tapi tangan da keras.huu..


okeh.ini serius.haha.So, selamat menyambut ramadan saudara dan saudari!

p/s:aku rase nak taip entri len tadi,tetiba jadi cerita raye lak.haha.taper amek keberkatan bulan posa yang isnin depan da nak mula.haha

Friday, July 22, 2011

Latihan Sangkut berakhir!yeay!

haip haip.akhirnya berakhirnya latihan sangkut aka praktikal pendek..seminggu di unit kesihatan, seminggu lagi di unit pembiakbakaan.bez amat.hehe..

tapi dengan unit kesihatan cam tak leh nak berenggang langsung.haha..ye la mane taknye..seminggu full aktiviti..dari amek darah kambing sampai amek darah itik..pastu lawat kilang proses ayam lagi..seronok tangok ayam gantung2.haha

unit pembiakbakaan banyak keje gak..tapi kiteowang pegi minggu tader keje..haha.so ade seluk-seluk lembu pun pagi tadi je la..tapi tu pon bukan boleh wat lame-lame..berdarah-darah lembu tu diseluknya..seram aku tengok muke pak cik tu yang ketakutan giler.sebab berdarah bontot lembu tu..haha

okeh jom kemas beg aku.besok da la kene bangun pagi,so jom meh tolong-tolong aku.hoho

Thursday, July 21, 2011

tak kesah la kak joyah oi.

haip haip.aku semakin lame da jadi semakin malas nak update blog ni.tatau mood tadak.haha

hari aku nak bukak topik tentang diri aku.hehe.tader la overall..but just tentang 'tak kesah' aku..hoho..

aku memang tak kesah atau tak berapa nak berkira pasal pape hal..orang ajak aku jalan-jalan,aku tak kesah..on je...orang nak makan kat mcd,aku tak kesah..aku ikot je...dan macam-macam lagi la tak kesah aku ni ha..heehhe..

tapi disebabkan 'tak kesah' aku ni la kekadang aku rasa cam dipijak-pijak, tak pon pandang camtu je..contohla kan,"eh maya camne..takkan nak biar die je sensorang?" "ala taper die tak kesah punye.." "eh, taper ke kite wat maya camni?" "taper maya tak kesah punye"

so aku rase cam nak tukar ayat lak.tak mo guna tak kesah lagi.bagi cadangan sket?hehe.

kekadang hidup sowang-sowang ni lagi bagus.independant la katekan.wat pape pon tak kesah.ikot suke hati aku.hoo.

ape pon tabley.

Thursday, July 07, 2011

tunang...tunang??

awak,cincin kawen nak batunye lagi besoo dari ni taw..cincin tunang cincin belah rotan je pon taper..*tepok tepok dahi*

haip haip.akhirnya tercapai gak hasrat aku nak update blog aku pasal topik ni.bek la puan2 dan tuan2..hari ni topik kite ialah tunang tunangan*mcm wat talk show lak*

haha.korang da tau ape tu tunang kan..so tak yah aku bagi tau. sebenarnya aku nak citer semenjak aku da masuk umur 21-an ni..di ulang 21-an..kawan-kawan aku ramai giler da tunang..tader la sampai giler..tapi ramai la gak...haha..apesal ekh tunang awal giler?

okeh aku pon tatau..jawapan normal mesti "da sampai seru..." atau "bende bek jangan dilewatkan..".

ade yang da kawen pon..tak caye?ade je...meh sini aku bagi tampo sket kalau tak caye lagi.haha

tapi bile pike-pikekan balik..aku ni je yang tak sedo sedo da umo 20-an..da remaja dewasa orang kate..belia..pemuda pemudi..bab kawen-kawen ni memang tak boleh nak dielakkan...mak aku lagi advance..aku abes sekolah da bukak topik kawen-kawen ni..bukan tunang tau..tapi kawen.........

bagi kawan-kawanku yang da bertunang..selamat bertunang..jage tunang masing-masing..jage diri gak..mase ni la orang tua-tua kate darah manis..macam-macam hal boleh berlaku.. *macam nenek-nenek je aku ni hahahahaha*

bagi kawan-kawan yang dah kawen..atau bakal berkahwin..selamat menjadi pengantin..semoga hidup anda dilimpahi rahmat dan berkat..panjang berkekalan ikatan anda sehingga ke akhir hayat..amin....*memang nenek-nenek tol*

haha..aku...aku? bile nak kawen? lek lu..belajar pon tak abes...nak sambung master lagi..wah tinggi cita2 aku.harharhar..kalau esok lusa ditakdirkan aku kawen..esok lusa la kowang datang majlis aku..haha..kalau tak dapat kad lagi maknanye kowang makan la nasik beriani kat kenduri orang len dulu..hahahahahahahahahahaha

Wednesday, July 06, 2011

sapu blog jap.habuk habuk.

haip haip! lame kebenonye aku tak menyapu kat blog aku ni.manenye tak umah pon jarang disapunye.opss.haha.okeh tu bukan aku.aku rajen yang amat.amat2 rajen.

bulan jun..hurm..2 je entri aku? 2 je?! gile menunjukan aku amat tekun melakukan praktikal kat gambang rituh.haha *pdhal tader tenet**teettt*

so aku dok umah ni mmg tak wat pape..selain online..kacau anak sedare..online lg..search lagu baru..search gambar chansung..tu je la keje aku. chansung makin kacak.ahaks. okeh tergedik lebeh.

chansung oppa!!erk apsal gedik lebeh aku ni.haha

selain itu aku sedang mengusahakan program kraf tangan yang tak beberapa nak cantek tu.tp comel, bak kate kawan ku di fesbuk semalam tentang karya beliau.ngehngehngehngeh.

okeh.aku tatau nak taip pe lg.

babai.haha

Monday, June 13, 2011

bersaunaan di gambang [part 2]

haip2.ni la gambar-gambarnye aku di pusat ternakan haiwan ulu lepar,gambang,pahang. hoho.cantek kan? sile2 la tgk dolu...



ni time pepagi buta.gile kabus.mau tak aku tarik selimut semula.haha




anak lembu ni dengar je bunyik pajero berlari2 ke tmpt makanan.tau2 je pkc suda mari.hoho

cak! ni lembu yg dijaga staf sini.tader mak.sian die.


lembu2 beraturan dari padang ragut ke unit.cantek....

haha.ni la 'eskelator' kiteorang ke umah sebelum dapat motor.hoohoho.

okeh.me and my friends.hoho

tu je la aku nak tunjuk.hehe.cantek kan?tak nampak gak?meh la datang sini.meh.hehe

Saturday, June 04, 2011

ber-sauna-an di Gambang. [part 1]

okeh.bukan bermakna aku bersuka ria di gambang ni dan aku semakin kurus.haha.hope makin kurus la.hahahahaha...setelah masuk 2 minggu di tempat latihan industri ni dengan tanpa berbuat apa-apa langsung,hope minggu depan rasela gak ape yg dikatekan sebagai dak2 ngah praktikal nih.haha

kat sini,pusat ternakan haiwan ulu lepar nih bela lembu baka nelore,import dari brazil..kawasan ni besar yang amat,ala2 cm kat new zealand dowang ternak nelore nih..maaf le tak le nak upload gmbr..ni pon da cukup bek dpt online.ngeh3..

malam dan pagi sejok yang amat.amat amat sejuk..tapi biler da masok tengahari..mak uih..panas memngalahkan ko g bersauna..haha.maklumlah umah atas bukit..yup atas bukit..tu bler sejok,sejok gler..bler panas,bukan panas gler..tp tak terkate..

aih..klu dapat upload gambar senang aku tak yah eksplen panjang-panjang..haha..nanti-nanti beiler boleh aku upload,aku kasik kowg tengok..memang cantik giler tempat ni..cam australia or new zealand..sungguh!tak tipu punye...hehe

nanti2 aku bagi tengok gamabr..tunggu je la ye..hoho...=)

Thursday, May 19, 2011

burung yang suke marah.huh?

burung pon ade ske marah?aku ingat manusia je.hehe..tader la..ni pasal game kat iphone..yang orang tengah gilekannye men game ni..sampai wat real life.gile fan kan?haha..cop.tapi tak bermakna aku ade iphone.hehe..sesiapa yang sudi bagi iphone kat aku..telapak tangan dengan telapak kaki aku tadahkan untuk terima iphone..ngehngehngeh.

aku men kat facebook jer..korang carik la sendiri..taip je..hehe..

baru try test men pagi td..ni da level 12..tp stuck nih..geram aku..haha..ade bape level kat iphone aku tatau la..tp kat fb nih ade 21 level..mmg addictive gler..ape kat ko gie terai.ke aku je yang kaki game ni jadi addict nk men game nih?ahaha.korang pike la sendirik.

okeh.aku mau men dolu.huhu..

Tuesday, May 17, 2011

i miss him.
i really,really miss him.

haih.
aku nak sangat aku tutu mata,bukak mata die ade dpn aku.
but that will happen lama lagi..
sangat sangat lama.
oh i miss him..

Monday, May 09, 2011

yeay! setahun! yeay!

okeh.blog aku dah berumo setahun da.sile la tengok2 track time kat sebelah tu.hohohoho..tak sangka aku da setahun da berblogging ni..walaupon aku agak-gak jarang nak update blog ni.tader mase,bz.haha.alasan lebeh aku ni..

bukan ape..kekadang da ade da idea nak wat entri ape..tapi pastu aku lupe..sebab tu ade kawan blogger aku gak bagitau,klu da dapat idea nak wat entri,tros wat..jangan tangguh-tangguh..tapi jangan tengah dalam kelas lak ko gie wat entri kan..agak2 nak dpt penampo maut 100 kali, ko try ah.haha..

setahun.hurm.cam kejap je kan?

dia mahukan aku kembali..

petang nan indah itu aku tetiba tergerak hati untuk pegi cafe berseorangan..saje untuk mencari ketenangan jiwa sebentar....

sedang aku menikmati cappuccino di keheningan petang itu..tetiba aku ternampak dia.

ya dia.bersama-sama mikrofon, digenggam kemas di tangannya..perlahan-lahan mendekati aku sambil menyanyikan lagu nabil, dari jauh..

dengan penuh perasaan dia menyanyikan lagu itu untuk aku.aku terkejut dan terkesima.
tanpa aku sedar aku tersenyum dengan sendirinya..malu dan suka bercampur aduk..

=.= bersungguh dia menyanyikan lagu itu..sepertinya mahukan aku kembali didalam hidupnya..

oohhhhh.............







PAP!

aku terbangun dari tido petang.aih..sape bukak pintu aku aritu..kaco daun..baru aku nak tgk air mate dia nak menitik-menitik jatuh.ahahahahahahahahahahaha.sori ayat cheesy sket.tp ni la yang aku mimpi aritu..ngehngehngeh. aku bangun2 pon masih senyum2 ske gedik giler..seyez..sampai sekarang klu aku dengan lagi perasaan tersentuh tu mase ade lagi..sebab dia nyanyikan untuk aku..walaupon hanya mimpi..hihi..



dia ni la.yang nyanyikan lagu tu untuk aku.chansung oppa.hikhikhik.

mase tu aku tido sambil dengar lagu.and kebetulan mase mimpi chansung, lagu ni tengah main kat playlist aku.hebatkan?sampai boleh berkoleberasi dengan mimpi aku lak tu..hebat..haha

nah ni lagunye..meh kite dengar..sedap giler sware die..die tengah putus cinta kot,sebab die nyanyi penoh perasaan.haha.memandai je aku ni...

video

tapi aku suke lagi versi unplugged live.bez..nak tengok?gie carik kat youtube sendiri.haha

Sunday, May 08, 2011

kalau tidak penuh ilmu di dada..takkan sampei aku ke negara-negara ini.

aku da penah ke scotland..


aku da penah ke ireland..

ke india pon penah..

mesir lagi la..2 tahun sekali aku gie..

ni london..mmg tak yah cakap la setahun bape kali gie..

german pon penah aku jejaki..

hurm..jepon..slalu gie time bunga sakura luruh je..

russia pon aku da penah jejaki..


kalau tidak penuh ilmu di dada..takkan sampei aku ke negara-negara ini.
haha.

aku jeles ngan kawan2 aku bahagia stadi diluar negara.
nak gak!

Search This Blog

Total Pageview