Pages

Thursday, October 03, 2013

Finally~~ A pack of minions!!

Salam semua....
Harharhar. Terlebih happy pulak rasanya. Sebab baru dapat siapkan minion bebanyak. Huuuh. Enam minion tu! Setelah hampir seminggu gak nak buatnya.. Siap! Yeah! Haha.
Tempahan dari akak sedara sebenarnya. Aku ingat dia memain je. Ghupe- ghupenye betul betul. Hehe. Bertungkus lumus ambo menyiapkan nye. Harharhar.
Huh. mau rehat kan tangan dulu jap. Jom ke seppa! Haha. Duit tader lagi mau ke spa. Puii.

Tuesday, September 17, 2013

Kotak isi bunga rampai

assalammualaikum semua~~
semalam abang sedara aku bertunang..jadi family aku mesti ade buat sikit "hadiah" atau cenderahati untuk keluarga pengantin.hewhew. kebiasaannya mak aku yang buat, aku tolong-tolong je. tapi disebabkan sekarang aku memang ketiadaan kerja sangat-sangat, so aku la yang buat. selalunya buat bunga telur ke, ape-ape la yang berkaitan. tapi kali ni aku buat bekas untuk isi bunga rampai atau potpuri.





ini lah hasilnya, gabungan idea aku dengan mak aku.hehe..2-3 hari juga la bende ni terhasil..tapi abang sedara aku letak coklat pulak.haha.boleh le tu..

rasa-rasanya kalau aku memang tanam anggur je lepas ni aku nak bukak kedai kraf.. "Maya Craft." amik tempahan sekitar Pasir Gudang. haha.. berangan lebih..

tapi rase macam skema pulak nama ni.ahaks.

Monday, September 09, 2013

minions attack!

salam semua..hewhew.haa..seperti yang dijanjikan, entri kali ni pasal minion lagi. tapi saiz yang beso sikit. meh tengok.
in progress. yang 2 orang tu leka tengok despicable me 2.







haha.sejarahnye aku try nak wat phone casing untuk phone adik aku. tapi masa tengah buat tu si amjad dengan athir yang terlebih teruja nak main dengan felt minion yang tak siap tu. jadi terpaksa la aku buat plushie lagi beso sikit. haha.

P/S: da lama-lama tengok minion ni tertonggok kat meja, cam jahat pulak muke die ni.ahaha

Friday, September 06, 2013

potong.tampal.jadi barang.jual.

salam semuaaaa~~~
sehat kah anda-anda semua? haha. okeh poyo soalan. semenjak dua menjak menjadi penganggur tegar ni, otak aku memang susah bebenornye nak berkembang. jadi internet addict pulak tu. duapulohpat jam menghadap depan laptop sahaja. haha.

tapi ade alasannye..aku nak cari kerja. yela memandangkan teman seangkatan semua dah ade kerja, aku je dok tercongok-congok kat umah. nasib baik kat umah ni ada geng ajak gaduh, anak sedara 2 orang; amjad dan athir. ada la jugak aktiviti yang boleh aku buat.hewhew.

selain itu. heh. selain itu. poyo aku. ahaha. selain tu aku pun terai-merai buat kraf, keychain pastu jual kat kawan-kawan adik aku yang form 5 tu. pandai tak aku cari pelanggan? hewhewhew. aku memang bosan gila-gila punya bosan. haha. nasib baik laku u'olls..

lollipop, popsicle, cupcake and doughnut. pakai felt je semua-semua ni..

yang ni tempahan dari adik aku punya kawan. haha.

aku ni punya la kebosanan sampai adik buat permintaan buat minion dengan kepala ironman pon aku buat. haha. nasib baik jadi. rase cam nak buat bisnes internet pula. haha. laku kalau jual ni. hahaha


bello! banana~~ potatona~~~


yang ni kepala 'kotak' ironman. haha. beso kuih raya tu ha. memang kecikkk je.. haha

sebenarnye yang minion tu aku yang berminat nak buat. ingat nak gantung kat phone sendiri. tapi satu adik aku amek, satu lagi abang sedara aku yang gilakan minion pegi 'curik'. haha. yang beso sikit pon aku ade buat, spesel buat anak sedara aku tu. entri lain la aku citer. haha

Wednesday, August 21, 2013

Selamat hari raye uolls~~


Salam semua~~ baru 2 minggu puase..makanya sempat aku nak ucapkan selamat hari raya kan? hewhew. selamat hari raya, maaf zahir dan batin... maafkan aku kalau-kalau aku ada ter-ter-rasakan hati korang dengan penulisan aku ni.aku minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.hewhew.

okeh.tu sahaja.nak sambung buat kerja~~~maklumlah bisnes sekarang tengah mencanak-canak naik.hewhew.bnyk tempahan.bye bye!!

Tuesday, June 25, 2013

pertukaran zaman dan era.

assalamualaikum! and good evening~~
haha.tetiba ter-speaking plak. maklumlah mau menyediakan diri dengan dunia inteviu dan kerja...
yess!! yup!
aku dah menamatkan zaman bujang belajar selama 4 tahun di universiti..
penat lelah berhempas pulas belajar, praktikal, berjalan dengan bas merata malaysia.. yup, memang merata Malaysia kami satu kelas merayap wat praktikal...haha...

so sekarang aku berada di zaman pertengahan..haha macam zaman kegelapan Renaissance plak..ye ar zaman pertengahan antara belajar dan pekerjaan..cari-cari kerja.. cari jalan, pikir-pikir macam mana nak cari duit...i think its normal for graduated student already try to find job...ade yang excited, ade yang 'lek dulu ah,rilek2 dlu' tu aku ar.muahahahahahaha, ade yang belum exam final lagi pon da terpikir-pikir nak cari kerja ape.haha...tulah perangai kengkawan aku, hampir kesemuanya lah..hahahaha..

themostwantedjob.rite?

zaman pertengahan ni pon membuat aku didalam dilema.ah aku ni kalau pening pike satu perkara terus jadi dilema.muahahahaha. tapi aku rase korang-korang yang dah abis belajar pon mesti dilema-dilema bagai kan...haha.ye la. dapat kerja awal-awal memang bagus, kire korang hebat ar jugak, tapi kalau bagi aku aku sendiri kurang pasti kerja tu sesuai atau tak dengan aku, aku minat tak kerja tu, nanti bosan ke tak, takut kena buli ke ngan senior kerja dan macam-macam lagilah.haha. complicated sangat la pulak pemikiran aku ni. ngado-ngado namenye ni kan? muahahahahahaha.

kerjayangditunggu-tunggu.apakah ia?

Mari lah kite berdoa wahai kengkawan ku, agar saya, awak, kamu dan korang semua dapat kerja yang terbaik, berkaitan dengan minat dan kos anda, dan banyak duit.haha. sebab boleh belanja makan. muahahahahahaha...sebab makan paling penting bagi aku.ahaks.

Sunday, May 19, 2013

dilema pelajar akhir tahun


2 minggu je lagi tamat sudah zaman belajar. tinggal exam 2 minggu, kemudian balik Johor.

Perasaan? sedih ade, takut ade, gembira ada. macam air bandung 3 layer. haha.

gembira sebab da abes belajar, dah tak usah berebut ke kelas lagi, dapat balik tido puas-puas kat rumah.hewhewhew
sedih, sebab lepas ni susah da nak jumpe klasmet lagi, kalau keje tempat same ok la. kaki-kaki gosip, kaki-kaki gurau bersama semua mesti sibuk pasni.ber wechat je la kite pasni.haha
takut, sebab da mula nak menempuhi alam pekerjaan.satu alam yang sangat-sangat lain dari alam belajar, alam kanak-kanak, alam mimpi. takut,takut.

but fear not! let enjoy our last moment as student of UniSZA okeh geng? hewhewhew

Monday, April 15, 2013

1st time travelling: Chiang Mai.

salam semua.......hehe

lame kebenornye aku tak update blog ni.tader feel.haha. so memandangkan baru-baru ni aku ade trip ke chiang mai..buleh la aku cerita sedikit pengalaman aku kat sana..

aku dan classmate pegi bercuti di Chiang Mai, Thailand selama 5 hari, dengan tujuan 1)menggapai dan menceduk seberapa banyak yang boleh ilmu-ilmu dan teknologi yang canggih manggih kat sana tu. 2)berjalan makan angin. 3)shopping.wajib la kan shopping tu.muahahahahaha.

di sini aku ringkaskan la aturcara perjalanan kami selama 5 hari di sana:

hari pertama: berjalan.haha.sampai-sampai Chiang Mai, check-in hotel, terus pergi berjalan.dengan busuk-busuk tak tukar baju dari malaysia.haha. sebelah malamnya pon berjalan lagi.shopping-shopping.




Hari kedua: lawatan ke kilang pemprosesan makanan haiwan, Betagro. hebat kilang ni. sebelah petang aku wat trip sendiri dengan sahabat aku 2 orang ni, ke The Harbour. this place is soo nice.untuk ambil gambar je la. sebelah malam kami makan besar, khantoke dinner. sedap. siap ade persembahan lagi.




Hari ketiga: Lawatan ke ladang lembu susu, Chiang Mai Fresh Milk. Ladang ni sangat-sangat besar. Susu pon sedap.hoohho. sebelah petangnye kami pergi shopping kembali.hoho.di pasar malam anusarn.tapi mahal sikit harganya dari Sunday night market.




Hari keempat: hoh.ni penat sket. sebab travel sampai ke chiang rai, nak melawat giant catfish farm. memang besar yang amat saiz ikan tersebut.nak makan pon terasa seriau.haha. sempat la jugak dalam perjalanan ke ladang ikan keli tu singgah ke Chiang Rai Hot Spring. tapi kuat gile bau teloq.haha.sebab anda semua boleh rendam teloq-teloq yang di beli ke dalam hot spring tersebut. sebelah malamnye kami semua dijamu dengan Chinese dinner.





Hari kelima:balik.poket pon da kering.haha.





Itu sahaja ringkasan untuk kali ini sepanjang perjalanan aku di Chiang Mai. Nanti aku cerita dengan panjang lebar lagi. ni kira Literature Review dulu.haha.

Wassalam..


Monday, February 18, 2013

welcome to sem 8!

okeh. my 1st post in year 2013. totes crazy.haha

finally and lastly, in year 2013, telah bermulanya perjalanan hidup aku sebagai pelajar sem 8, tahun akhir sem akhir di UniSZA ni. pejam celik pejam celik 4 tahun da aku belajar di Terengganu ni. hoho.
macam macam pengalaman aku da dapat. pakwe Terengganu je tak dapat. muahaha

sem lapan. tahun akhir.
yup tahun akhir. maksudnya aku akan mula memasuki alam pekerjaan. dan itu yang paling merisaukan aku.
totes.

jadi. maya. sila berusaha sem lapan ini. ada harapan lagi untuk naikkan pointer. wuhuu!

mycatalyst.forever.hewhewhew.

Search This Blog

Total Pageview